Skip to main content

Malaysia

Jemaah Haji Malaysia ke -9 meninggal dunia

41378772916_295x200.jpg
Jemaah haji Malaysia ke-9, Ahmad Anwar Ishak dari Taman Intan, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah, meninggal di tanah suci awal pagi ini.

Allahyarham yang berumur 67 tahun meninggal dunia pada jam 4.55 pagi , Jumaat 11 Oktober  di Pusat Rawaatan Syisyah, Kota Makkah.

Doktor mengesahkan kematian akibat paru paru berair akibat komplikasi jantung.

Jenazah akan di kebumikan di tanah perkuburan Syara’ek.

Setakat ini lima jemaah lelaki dan empat jemaah wanita dari jemaah Malaysia telah meninggal dunia di tanah suci sebelum hari Wukuf pada ahad ini.

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video