awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Malaysia berwuquf di Arafah

Razak Chik
Razak Chik
14/10/2013
23:48 MYT
Jemaah Malaysia berwuquf di Arafah
Jutaan umat Islam mula berwuquf di Arafah setelah masuknya waktu Zohor pada jam 12:03 waktu tempatan, Isnin 9 Zulhijjah bersamaan 14 Oktober.
Ia menandakan bermulanya rukun kedua dari enam rukun haji yang hanya akan selesai apabila jemaah haji meninggalkan Arafah untuk ke Mudzalifah pada sebelah malam.
Acara kemuncak para jemaah bermula dengan masuknya waktu Asar pada jam 3:28 petang waktu di Arafah.
Oleh kerana para jemaah haji telahpun menyempurnakan solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor dengan kaedah jamak tamam, mereka akan terus mencari ruang ruang yang bersesuaian di luar khemah masing-masing untuk bersendirian bermunajat berhadapan Allah.
Waktu inilah yang sangat dinantikan di mana setiap jemaah bersedia menadah tangan ke langit, mengadu kepada yang Maha Esa, memohon keampunan dan maghfirah atas segala kekhilafan dan dosa-dosa yang silam.
Mereka memohon keampunan dengan penuh keyakinan yang doa pada waktu wuquf di padang Arafah adalah semustajab doa.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum telah menyampaikan khutbah Arafah di Perkhemahan Maktab 91.
Dalam khutbahnya, Jamil menyarankan agar para jemaah bersungguh sungguh memanfaatkan peluang berwuquf apatah lagi mereka sudah berkorban masa, harta dan tenaga menjelajah beribu batu dari tanah air untuk tujuan ibadah.
Pada sebelah malamnya selepas solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam, jemaah akan bergerak dengan menggunakakan pengangkutan bas ke Mudzalifah untuk mabit atau bermalam seketika, mengutip batu sebelum bergerak ke Mina untuk melontar di tiga Jamrah pada hari-hari Tasyriq.
Bagi petugas Media-Tabung Haji, mereka akan terus ke Mekah dan ke Masjidil Haram untuk bertahalul awal setelah melakukan tawaf dan sa’ie.
Topic Berkaitan
#Allah
#Arafah
#Islam
#Jabatan Perdana Menteri
#Jamil Khir Baharum
#Jamrah
#Masjidil Haram
#Mekah
#Mina
#mudzalifah
#saie
#Tabung Haji
#Tasyriq
#tawaf
#wuquf
#Zulhijjah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan