[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Jemaah Malaysia puji inisiatif 'Makkah Route' Arab Saudi

Bernama 08/05/2025 | 01:30 MYT
Menurut para jemaah haji, inisiatif 'Makkah Route' menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi serta membantu mempercepat dan menyusun atur kemasukan mereka ke Kerajaan Arab Saudi. - Gambar fail/BERNAMA
RIYADH: Jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci memuji Inisiatif "Makkah Route" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas kelancaran dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan, sekali gus memudahkan urusan pra-pelepasan mereka.
Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu.
Para jemaah juga menzahirkan penghargaan terhadap Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed bin Salman atas pelancaran dan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.
Mereka berkata bahawa inisiatif itu telah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi serta membantu mempercepat dan menyusun atur kemasukan mereka ke Kerajaan Arab Saudi.
-- BERNAMA
#jemaah haji #Makkah Route #KLIA #Arab Saudi