awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak

Nailah Huda
Nailah Huda
01/04/2023
05:30 MYT
Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak
Dr Zaliha berkata, KKM sentiasa peka dengan permasalahan yang timbul dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi melibatkan beberapa kementerian dan agensi bagi menangani isu berkaitan doktor kontrak.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pembentukan jawatankuasa itu beberapa hari sebelum mogok bakal dilancarkan sekumpulan doktor kontrak daripada sektor kesihatan awam.
Namun, katanya, kementerian tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut.
“Kementerian Kesihatan berpandangan, mogok bukanlah suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap apa juga permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.
“Sebaliknya, perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Hal ini kerana perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal, terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, KKM sentiasa memastikan bahawa segala permasalahan dan permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan diteliti dan diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kemampuan ekonomi negara.
“Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa telah mengambil tindakan terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan.
“Antaranya adalah mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya,” kata Dr Zaliha.
Sehubungan itu, hasil daripada mesyuarat pada 31 Mac, jemaah kabinet bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi menangani isu berkaitan doktor kontrak.
Baru-baru ini, sekumpulan doktor kontrak di sebalik akaun @MogokDoktorMsia di Instagram mengumumkan bakal mengadakan mogok bermula 3 hingga 5 April.
Tanpa mendedahkan identiti mereka, kumpulan doktor itu turut memberi amaran bahawa lebih 3,000 anggota kesihatan awam akan meletak jawatan bulan ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak ditawarkan jawatan tetap.
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#Zaliha Mustafa
#mogok
#Jawatankuasa Peringkat Tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan