PUTRAJAYA: Seluruh ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha beliau membanteras rasuah tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
"Maka saya berharap pihak-pihak yang disiasat kena hormati undang-undang. Beri masa, ruang dan peluang kepada pihak berkuasa mencari kebenaran," kata Naib Pengerusi DAP itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis prapelancaran program The International Fire Chiefs' Association Of Asia (IFCAA) General Conference; International Fire Conference And Exhibition Malaysia (IFCEM) dan Malaysia International Rescue Extrication Challenge (MIREC)-IFCAA Joint Drill 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.
Nga berkata terdapat pihak yang mengambil kesempatan membuat tohmahan dan dakwaan sehingga menyalahgunakan nama Istana Negara berhubung perkara membabitkan rasuah.
"Sekiranya tidak bersalah maka buktikanlah di mahkamah dan bukannya buat dakwaan atau tohmahan. Saya telah difahamkan pihak Istana Negara telah membuat laporan polis dan tindakan akan diambil," katanya.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Istana Negara berhubung dakwaan Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil Perikatan Nasional telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan - Kulasegaran
Cadangan format baharu itu telah dibentang dan dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional siri dua.
Kabinet lulus cadangan akta Majlis Media Malaysia - Fahmi
Jemaah Menteri meluluskan pembentukan satu akta berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia.
Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud
Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak mempunyai banyak jasa terhadap pembangunan dan permodenan negeri tersebut.
Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, secara lazimnya Lembaga Pengampunan sebelum ini tidak pernah memberi justifikasi mengenai keputusan mereka.
Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas
Jemaah menteri juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak cuba untuk menghasut rakyat membuat tindakan yang melanggar undang-undang.
Pelaksanaan sistem PADU tidak akan ditangguh – Fahmi
PADU tidak akan ditangguhkan kerana sistem tersebut berjalan lancar dan pemantauan dalam aspek keselamatan akan terus dilakukan.
Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat
Barisan kepimpinan dalam rombakan Kabinet beriltizam menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Kerajaan jamin nilai semula gaji penjawat awam
Katanya, kali terakhir kadar gaji berkenaan digubal adalah pada 2013 dan ia dilihat tidak setimpal dengan tugasan.