MALAYSIA
Jemaah Menteri zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Fahmi menerusi hantaran di Facebook mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Seri Paduka Baginda serta merahmati pemerintahan Sultan Ibrahim. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Seri Paduka Baginda serta merahmati pemerintahan Sultan Ibrahim dengan penuh kemuliaan, kesejahteraan serta keberkatan berpanjangan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula merafak setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
"Patik sekalian mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan Allah SWT kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia dan diberkati pemerintahan Tuanku dengan limpahan rahmat, kemuliaan dan kesejahteraan berpanjangan, Dirgahayu Tuanku,” katanya menerusi Facebook.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara.
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran kedua disempurnakan Seri Paduka Baginda setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.
Turut berangkat ke istiadat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri bersama isteri, kemudiannya mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ke Peterana Diraja bagi menerima Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Khairul Fakhzan Zainol Abidin berkekuatan tiga pegawai dan 103 lain-lain pangkat, di Dataran Istana Negara.