awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/05/2024
02:30 MYT
Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir
Ahli keluarga terdekat mendekati jenazah Rosnah di Masjid Zahir, Alor Setar malam tadi. Allahyarham tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia sebaik selesai membaca surah Yasin. - Gambar ihsan Masjid Zahir
ALOR SETAR: Seorang jemaah wanita meninggal dunia di ruang solat utama Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir, di sini, pada Khamis malam.
Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah berkata, Allahyarham Rosnah Ramli, 60, ditemukan jemaah lain ketika sedang membaca doa sebaik selesai membaca surah Yasin pada jam 8.25 malam.
Katanya, jemaah wanita tersebut tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan terhadapnya.
"Wanita itu hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yasin bersama jemaah lain di masjid ini.
"Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.
"Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Katanya, mangsa bersama suaminya sering ke masjid ini untuk menunaikan solat jemaah.
"Suaminya juga kelihatan tenang reda dengan pemergian arwah,” ujarnya.
Difahamkan jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, hari ini.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Masjid Zahir
#jemaah wanita
#baca Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan