KUCHING: Para perwakilan yang menghadiri Persidangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-15 di sini semalam tidak dapat menahan tawa masing-masing apabila Presiden mereka Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi jenaka mengenai 'restroom' dan 'four push two.'
Abang Johari berkata ketika menjadi Menteri Pelancongan Sarawak dalam Kabinet diterajui Ketua Menteri Keempat Tun Abdul Taib Mahmud, beliau mendengar kisah seorang pemandu pelancong secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang pelancong yang bertutur dalam Bahasa Inggeris berdepan keadaan tidak selesa akibat penguasaan bahasa yang lemah.
Beliau berkata pelancong itu telah meminta pemandu pelancong menunjukkan 'restroom' kerana ingin buang air namun dia sebaliknya dibawa ke sofa dan diberitahu "you can rest here."
"Hanya selepas pelancong itu mendemonstrasikan bahawa dia benar-benar sudah tidak tahan dan perlu segera buang air barulah pemandu pelancong menyedari 'restroom' yang dimaksudkan ialah tandas," katanya.
Pusat Konvensyen Borneo di mana persidangan tersebut berlangsung sekali lagi gamat dengan gelak tawa para hadirin apabila Premier Sarawak itu menceritakan pula kisah seorang guru yang mengikuti pengajian dalam Bahasa Melayu telah dipaksa mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Abang Johari berkata ketika itu beliau menyandang jawatan sebagai menteri negeri yang bertanggungjawab bagi pendidikan ketika pentadbiran Abdul Taib dan dimaklumkan bahawa guru terbabit tidak terlatih dalam mata pelajaran tersebut namun terpaksa memikul tugas itu kerana guru matematik sedang bercuti sakit.
"Guru ini terus mengajar anak muridnya dan melontarkan soalan 'four push two, what is the answer?' beliau tidak menyebut perkataan 'subtract' atau 'minus' kerana tidak tahu penggunaannya dalam Bahasa Inggeris," katanya.
Abang Johari berkongsi kedua-dua jenaka itu semasa menggulung persidangan tiga hari yang turut menyaksikan beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Bahasa Inggeris penting namun kita tetap perlu menguasai kedua-dua bahasa dengan baik," katanya.
Ketika merasmikan persidangan itu pada Sabtu, Abang Johari berkata keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak bersama-sama bahasa kebangsaan adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

Abang Johari ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan PBB kali ke-15 di Kuching, 18 Jun 2022. - Gambar fail/BERNAMA

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Bot Karam | Tiga nelayan hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang pada Isnin lalu ditemukan meninggal dunia. Kesemua mangsa dikenali Saludin Ismail, 50 tahun; Mohd Nazri Abu Bakar, 48 tahun dan Zulkifli Umar,47 tahun.

GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.

Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.

SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.

Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

Singapura bakal buka hospital di Sarawak, perkasa industri pelancongan perubatan
Selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatannya.

Negeri maju berpendapatan tinggi: Kerja keras perlu untuk capai sasaran pertumbuhan - Abang Jo
Bagi mencapai sasaran, Sarawak perlu gandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.