awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah curi penagih dadah penyumbang terbesar peningkatan jenayah indeks di Kedah

Bernama
Bernama
28/07/2025
12:15 MYT
Jenayah curi penagih dadah penyumbang terbesar peningkatan jenayah indeks di Kedah
Kegiatan jenayah curi yang dilakukan oleh penagih dadah menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan jenayah indeks di Kedah. - Foto hiasan
ALOR SETAR: Kegiatan jenayah curi yang dilakukan oleh penagih dadah menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan jenayah indeks di Kedah.
Ketua Polis Kedah CP Adzli Abu Shah berkata dari 1 Januari hingga semalam, sebanyak 2,852 kes jenayah indeks telah dicatatkan dan daripada jumlah itu 47 peratus melibatkan kes kecurian oleh penagih dadah.
"Polis Kedah tidak akan mengubah hala tuju seperti yang telah digariskan oleh mantan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh sebelum ini, iaitu membasmi jenayah dadah di negeri ini. Jenayah curi yang dilakukan oleh penagih dadah lebih tinggi berbanding jenayah lain.
"Kita percaya, kalau dadah ini dapat diatasi dan dibasmi sehabis mungkin, jenayah indeks di negeri Kedah dapat diturunkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2025 yang diadakan di Jitra pada Jumaat lepas.
Saifuddin Nasution sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan Kedah untuk bersama-sama mencari jalan supaya negeri itu dapat keluar daripada senarai empat teratas bagi kadar penagihan dadah.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kawalan sempadan negara susulan konflik antara Thailand dan Kemboja, Adzli berkata pihaknya tidak memandang ringan perkara itu walaupun ia berlaku jauh dari pintu sempadan Kedah.
"Ia berlaku di sempadan sebelah utara tetapi tidak boleh pandang ringan dan kita akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuh kawalan di pintu sempadan negara.
"Walaupun dengan bantuan agensi seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang semakin agresif, kita tidak boleh leka dan akan terus pastikan keselamatan sempadan negara terjaga," katanya.
Terdahulu, Adzli menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Kedah dan Timbalan Ketua Polis Kedah serta Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah yang disaksikan oleh Pengarah Cawangan Khas CP Datuk Ibrahim Darus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini.
Adzli yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Polis Kedah telah dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dan dinaikkan pangkat kepada CP, manakala Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah baharu dan dinaikkan pangkat kepada DCP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah curi
#penagih dadah
#penyumbang terbesar peningkatan jenayah
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan