awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenayah kekerasan paling tinggi berlaku di Kelantan - Polis

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
28/02/2023
07:02 MYT
Jenayah kekerasan paling tinggi berlaku di Kelantan - Polis
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Jenayah berbentuk kekerasan sehingga melibatkan kecederaan merupakan jenayah paling tinggi berlaku di negeri Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata kadar peratusannya masih berada pada tahap menurun kepada 0.6 peratus bagi setiap daerah dan di bawah 40 peratus bagi negeri itu.
Menurutnya lagi, golongan yang banyak terlibat dalam jenayah kekerasan melibatkan lingkungan umur 20 hingga 30 tahun secara berkumpulan.
"Di Kelantan ini kita terkenal di bawah jenayah kekerasan. Kita tidak ada kumpulan gengster tapi kebanyakkannya samseng kampung.
"Saya tidak mahu budaya berkumpul secara berkumpulan (melibatkan kawan-kawan) ini menjadi budaya di negeri ini.
"Kadang-kadang kes yang sepatutnya tidak sampai di kalangan pencegahan tapi kadang-kadang pergaduhan di kalangan keluarga dan kawan-kawan berlaku sehingga melibatkan jenayah kekerasan," katanya pada sidang media selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Tambahnya, pihaknya turut menjalankan siasatan di setiap daerah bagi menyegerakan tindakan ke atas jenayah kekerasan biarpun melibatkan pergaduhan keluarga dan kawan-kawan kepada suspek yang terlibat.
Muhamad Zaki berkata, ia memberi petanda yang jelas bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara yang melibatkan kecederaan manusia.
"Saya tengok dalam dua bulan pertama dalam tahun ini, kita masih di 'track' yang betul. Pendekatan kita turun bertemu dengan masyarakat di setiap daerah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan dan kempen, ini amat bersesuaian untuk mencapai matlamat dan kejayaan," katanya lagi.
Tambahnya, tangkapan yang dibuat turut berdasarkan maklumat orang awam dan setiap operasi dilakukan secara berterusan.
Topic Berkaitan
#jenayah kekerasan
#tertinggi di Kelantan
#Ketua Polis Kelantan
#jenayah berkumpulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan