MALAYSIA
Jenayah komersial meningkat lebih 81 peratus cecah kerugian RM3.6 bilion - KPN
Mohd Khalid berkata kerajaan memandang serius jenayah komersial yang semakin membimbangkan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 52,000 kes jenayah komersial dilaporkan tahun ini bagi tempoh Januari hingga September lepas melibatkan kerugian mencecah RM3.6 bilion, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 81.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Mohd Khalid berkata jenayah penipuan dalam talian termasuk love scam dan pelaburan palsu menyumbang 80 peratus daripada kes jenayah komersial yang dilaporkan
"Statistik dari Januari hingga September lepas menunjukkan terdapat lebih 47,000 kes dengan kerugian mencecah RM2 bilion, meningkat sebanyak 94 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata kerajaan memandang serius jenayah komersial yang semakin membimbangkan dan memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang menyatukan kepakaran daripada PDRM, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Bank Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"NSRC, sejak penubuhannya pada 2022 hingga September lepas, menerima lebih 266,000 panggilan," katanya.
Beliau juga berkata JSJK kekal komited membanteras jenayah komersial apabila berjaya menahan hampir 21,000 individu atas pelbagai kesalahan jenayah sejak Januari hingga September lepas.
Selain itu, Mohd Khalid berkata JSJK telah menjalankan lebih 14,000 aktiviti pencegahan menerusi pameran serta ceramah, dan kolaborasi strategik bersama media turut digerakkan secara konsisten untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman jenayah berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 52,000 kes jenayah komersial dilaporkan dari Januari hingga September, melibatkan kerugian RM3.6 bilion, meningkat 81.6% berbanding tahun lalu.
- Penipuan dalam talian seperti love scam dan pelaburan palsu menyumbang 80% daripada kes, dengan lebih 47,000 kes dan kerugian RM2 bilion.
- PDRM melalui JSJK komited membanteras jenayah ini dengan menahan hampir 21,000 individu, menjalankan 14,000 aktiviti pencegahan, serta mengoperasikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang menerima 266,000 panggilan sejak 2022.
Beliau berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 81.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Mohd Khalid berkata jenayah penipuan dalam talian termasuk love scam dan pelaburan palsu menyumbang 80 peratus daripada kes jenayah komersial yang dilaporkan
"Statistik dari Januari hingga September lepas menunjukkan terdapat lebih 47,000 kes dengan kerugian mencecah RM2 bilion, meningkat sebanyak 94 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata kerajaan memandang serius jenayah komersial yang semakin membimbangkan dan memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang menyatukan kepakaran daripada PDRM, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Bank Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"NSRC, sejak penubuhannya pada 2022 hingga September lepas, menerima lebih 266,000 panggilan," katanya.
Beliau juga berkata JSJK kekal komited membanteras jenayah komersial apabila berjaya menahan hampir 21,000 individu atas pelbagai kesalahan jenayah sejak Januari hingga September lepas.
Selain itu, Mohd Khalid berkata JSJK telah menjalankan lebih 14,000 aktiviti pencegahan menerusi pameran serta ceramah, dan kolaborasi strategik bersama media turut digerakkan secara konsisten untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman jenayah berkenaan.
-- BERNAMA

#jenayah komersial meningkat
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#penipuan dalam talian
#love scam