MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis

Noor Aziah berkata undang-undang tambahan yang diperlukan ialah penambahbaikan dari aspek perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia terkehadapan berbanding banyak negara dalam memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan jenayah fizikal dan dalam talian.
Ringkasan AI
- Malaysia merupakan antara negara terawal di ASEAN dan mungkin Asia yang mempunyai undang-undang khusus, yang merangkumi jenayah fizikal dan dalam talian.
- Pakar mencadangkan agar undang-undang sedia ada diperkukuh dengan perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian, seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat.
- Kerajaan melalui MCMC telah bertindak menutup kumpulan Facebook yang menyebarkan gambar tidak senonoh kanak-kanak, menunjukkan komitmen terhadap penguatkuasaan undang-undang siber.
“Kita tahu di Amerika Syarikat ada undang-undang yang menjaga privasi dalam talian untuk kanak-kanak. Kita merupakan satu-satunya negara ASEAN, bahkan mungkin Asia, yang ada undang-undang mengenai kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.
“Sekurang-kurangnya kita ada Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. Kalau dibantu dengan undang-undang keselamatan dalam talian adalah sangat baik dan sangat membantu,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) itu.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jenayah Seksual Kanak-kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
Dalam temu bual yang sama, Ahli Kriminologi dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr. Haezreena Begum pula menambah, undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak di Malaysia melangkaui perlindungan fizikal semata-mata.“Kita mempunyai undang-undang dalam Kanun Keseksaan, Akta Kanak-kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan peruntukan perundangan lain berkaitan kanak-kanak dalam Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
“Dalam undang-undang kita, perbuatan dera fizikal, seksual, emosi dan psikologi terhadap kanak-kanak telah dijenayahkan. Ini ialah satu jenayah yang serius,” ujarnya.
Pada 15 Jun lalu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kumpulan Facebook (FB) dikenali sebagai 'Grup Budak-Budak Sekolah Rendah' yang didakwa menyebarkan gambar remaja perempuan tidak senonoh telah ditutup.
Menurutnya, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Meta bagi penutupan akaun Facebook berkenaan.
Akaun kumpulan FB tersebut difahamkan mula dicipta sejak 15 Mei 2014, antara lain menyebarkan gambar kanak-kanak perempuan dengan kapsyen berunsur seksual.
Agenda AWANI: Pedofilia: Lindungi kanak-kanak elak jadi mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami