KUALA NERUS: Hampir RM600 juta kerugian direkodkan sepanjang 2022 akibat daripada jenayah siber di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Beliau berkata data tersebut menunjukkan bahawa masalah jenayah siber di negara ini adalah serius dan kementerian akan memfokuskan hala tuju untuk mendidik masyarakat supaya menjadi lebih celik digital dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Katanya antara yang akan dilaksanakan adalah bekerjasama dengan pihak penyedia platform media sosial seperti TikTok dalam mempromosikan program 'Stop For Three Seconds' yang akan dilancarkan pada Februari dan Mac ini.
"Maksudnya 'three seconds' (tiga saat) itu akan bantu masyarakat untuk berfikir terlebih dahulu sama ada sesuatu maklumat atau perkara yang diterima itu sahih atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita pada program penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Desa Tanjung Damai di Gong Badak, dekat sini hari ini.
Dalam pada itu Teo berkata pihak penyedia platform media sosial juga akan membantu mempromosikan talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Katanya talian yang disifatkan masih kurang diketahui masyarakat itu merupakan inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam membantu mangsa jenayah siber mendapatkan semula wang yang telah ditipu oleh penjenayah siber.
"Setakat ini, talian 997 beroperasi 12 jam sehari dan ia merupakan 'pusat sehenti' yang terdapat wakil daripada Bank Negara Malaysia, bank-bank swasta, MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia yang akan sedaya-upaya bertindak segera menghentikan pengaliran wang yang ditipu," katanya.
Dalam perkembangan lain Teo berkata sejumlah 471 menara telekomunikasi di seluruh negara terjejas ekoran banjir besar yang melanda pada Disember lepas.
Bagaimanapun katanya kesemua menara tersebut telah pun dibaiki dan kini dapat berfungsi seperti biasa.
Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 1,000 penduduk di Taman Desa Tanjung Damai dan 24 warga KKD yang terjejas banjir baru-baru ini.
Katanya sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada warga KKD dan rakan kongsi kementerian seperti syarikat telco melalui dana bencana di peringkat kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Teo Nie Ching berkata, kementerian akan fokus untuk mendidik masyarakat supaya menjadi lebih celik digital dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. - Gambar fail
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.
Memperkasakan Bahagian Forensik Teknologi SPRM dalam jenayah siber
Kepentingan penyiasatan digital forensik amat relevan terutamanya dalam menyelesaikan kes jenayah, melindungi individu dan organisasi sekali gus menegakkan keadilan.
KDN perhalusi cadangan pinda Akta 593, 574 bagi bendung jenayah siber
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, cadangan itu kini sedang menunggu pandangan dan ulasan daripada Jabatan Peguam Negara.
Jenayah siber dijangka terus meningkat susulan kepesatan teknologi, AI - KPN
Undang-undang Malaysia yang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan melalui perisian dan peranti komputer.
Jenayah siber: Sentiasa skeptikal terhadap sebarang maklumat - Fahmi
Hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.
Kerajaan Perpaduan komited jalin lebih banyak PPP perangi jenayah siber - Fahmi
PPP adalah kaedah paling berkesan untuk memerangi jenayah siber kerana ia terbentuk daripada platform sinergi dan neutral.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.