KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Sakai' antara Januari 2015 dan Jun 2021.
G. Rajasekeran, 32, seorang penganggur hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana dia ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan 20 Jun 2021, mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Ab Manaff berkata tertuduh baru sahaja ditangkap bagi kes berkenaan yang menyaksikan 23 tertuduh sebelum ini didakwa berhubung pertuduhan serupa dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.
"Pihak pendakwaan telah mendapat izin untuk memindahkan kes hari ini ke Mahkamah Tinggi kerana kes yang sama sedang dibicarakan dengan seramai 20 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan," kata Maryam Jamielah.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam Fakhrul Redha Paridul Adras.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, menjadikannya sebagai individu ke-24 didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Sakai, bermula tujuh tahun lalu. - Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).