Jenazah Abdul Taib tiba di kediaman di Demak Jaya

Bernama
Februari 21, 2024 12:07 MYT
Kediaman bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini dipenuhi keluarga terdekat serta pemimpin Sarawak yang hadir, untuk memberi penghormatan terakhir. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kediaman bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini dipenuhi keluarga terdekat serta pemimpin Sarawak yang hadir, untuk memberi penghormatan terakhir.
Van yang membawa jenazah Abdul Taib dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba di kediamannya pada kira-kira 5.10 petang tadi, sebelum solat jenazah dilaksanakan yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan menteri Sarawak, menjadi antara pemimpin negeri yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazah dijadual dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai 8.00 hingga 11.30 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
-- BERNAMA
#Taib Mahmud meninggal dunia #raghad kurdi #bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak #Demak Jaya