awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah adik bongsu TPM selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2016
10:34 MYT
Jenazah adik bongsu TPM selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham tiba di rumah kediaman keluarganya dengan sebuah van Hospital Tentera Tuanku Mizan pada jam 11:30 pagi. - fotoBERNAMA
Jenazah adik bongsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri, 45, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah selepas solat Jumaat kira-kira pukul 3 petang.
Antara yang hadir adalah Datuk Seri Ahmad Zahid, ahli keluarga, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan pemimpin masyarakat setempat.
Jenazah Allahyarham tiba di rumah kediaman keluarganya dengan sebuah van Hospital Tentera Tuanku Mizan pada jam 11:30 pagi. Beliau meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju Kuala Lumpur pada pukul 11:30 malam Khamis.
Terdahulu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Falah.
Sementara itu, abang Allahyarham, Muhd Lokman Hamidi yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid sebak apabila menceritakan kisah hidup arwah adiknya.
“Adik saya ini merupakan seorang penghidap sindrom down. Untuk pengetahuan, hari ini 23 Disember adalah hari jadinya dan walaupun adik saya begini, tetapi seluruh ahli keluarga dari abang sulung saya iaitu Datuk Zahid Hamidi amat menyayanginya,” jelasnya dalam nada sebak.
Topic Berkaitan
#adik TPM
#meninggal
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan