awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2016
03:02 MYT
Jenazah Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah,Kuala Nerus kira kira jam 8.40 pagi. -Gambar fail
Jenazah Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah, di sini, kira kira jam 8.40 pagi.
Terdahulu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Polis negeri Datuk Rosli Ab Rahman menyertai solat jenazah yang diadakan di rumah keluarga Allahyarham di Bukit Cempaka, Tepoh dekat sini.
Rosli berkata pihaknya terharu dan berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri serta penduduk kampung dalam membantu menguruskan pengebumian Allahyarham.
Beliau turut mengumumkan sumbangan daripada PDRM kepada keluarga Allahyarham.
"(Sebagai sumbangan kebajikan) daripada pihak PDRM, antaranya kita akan gunakan duit Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial dan juga daripada Tabung Amanah Perwira PDRM," kata Rosli.
Ahmad Sobri, 26 tahun, menjadi pengawal peribadi sejak tiga tahun lalu dan bertugas di Unit Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman selepas tamat latihan polis pada 28 Disember 2012.
Beliau adalah mangsa ketiga yang dijumpai susulan nahas helikopter di Sarawak Khamis lalu.
Mayat Ahmad Sobri dijumpai terapung di Sungai Batang Lupar jam 12.04 tengah hari pada Sabtu kira-kira satu kilometer daripada mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.
Setakat ini lima mayat sudah dijumpai dan usaha sedang giat dijalankan bagi mencari mangsa terakhir iaitu juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Ahmad Sobri Haron
#helikopter sarawak
#selamat disemadikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan