Jenazah bekas pemain bola sepak Terengganu musim 2001, Alfian Aziz, 36, yang meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran Hentian Titiwangsa, Gerik, Perak semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.
Allahyarham adalah pembantu am di Pusat Pembangunan dan Harta Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan menjadi jurulatih pasukan bola sepak UMT FC disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim Jalan Pusara pukul 9.50 pagi.
Seorang rakan Allahyarham, Mohd Nizam Mohd Zain, 37, berkata Allahyarham adalah seorang yang sangat pendiam dan sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan malah mereka bersama-sama terlibat dalam Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Universiti Malaysia (Masum) yang dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMap) bermula 3 Nov dan berakhir pada Sabtu lepas.
"Selepas tamat kejohanan, saya dan Allahyarham sempat keluar minum bersama dan sepanjang perjalanan selama sejam itu Allahyarham terlalu seronok bercerita tentang kejayaan UMT masuk ke Divisyen 2 pada tahun depan.
"Saya pelik juga sebab Allahyarham ni memang pendiam sangat, tapi disebabkan terlalu gembira dengan kejayaan itu, Allahyarham sembang tak berhenti-henti kerana itulah impiannya sejak lima tahun lalu.
"Tak sangka perubahan itu disebabkan dia hendak meninggalkan kita semua," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengebumian itu
Katanya, selepas itu, kakitangan UMT bertolak balik ke Terengganu, namun Allahyarham pulang sebentar ke Alor Setar, Kedah untuk mengambil isteri dan dua anaknya untuk kembali ke Terengganu.
"Ketika sampai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perah, saya dimaklumkan mengenai kemalangan yang dialami Allahyarham dan terus ke Hospital Gerik namun dimaklumkan beliau telah meninggal dunia," katanya.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar.
Dalam kejadian 3.15 petang semalam, Allahyarham bersama isteri dan dua anaknya menaiki Perodua Alza, dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah, menuju Terengganu melalui laluan berkenaan sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.
Akibat kemalangan itu, Alfian maut kerana kecederaan parah di kepala manakala isterinya, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, cedera di muka dan anak, Arysha Zahra, 3, cedera paha kiri, patah tulang pinggul serta disyaki berlaku pendarahan dalam kepala manakala Aqeef Zafran, 1, hanya calar di dahi.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dalam catatan Facebooknya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. -- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2016
Kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran Hentian Titiwangsa, Gerik, Perak pada Ahad, 13 November, 2016. - Gambar Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Jenazah Alfian Aziz selamat dikebumikan
Beliau yang juga pembantu am di Pusat Pembangunan dan Harta Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim Jalan Pusara pukul 9.50 pagi.