[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan

Bernama 29/05/2014 | 13:05 MYT
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyiram air mawar di pusara ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah. -Foto BERNAMA
Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.
Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.
Sultan Dr Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyiram air mawar di pusara ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah. -Foto BERNAMA
Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.
Almarhum Sultan Azlan Shah
Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Shah bersama bondanya, Tuanku Bainun pada istaidat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah. -Foto BERNAMA
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.
Almarhum Sultan Azlan Shah
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah di sini hari ini.
 -Foto BERNAMA
Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.
#Sultan Azlan Shah