Jenazah Benjy dikebumi di Medan sebelum Zohor esok

Astro Awani
Julai 11, 2021 11:16 MYT
Jenazah Allahyarham Benjy sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan serta dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, Medan, Indonesia dan akan dikebumikan esok.
KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Benjy Ibrahim akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta, Medan, Indonesia sebelum Zohor.
Dalam satu kenyataan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memaklumkan, ketika ini jenazah sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan dan dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, di mana pengurusan jenazah akan dilakukan.
"Jenazah arwah Benjy akan diuruskan oleh pihak Konsulat General Malaysia dan pihak Penjara Tanjung Gusta dan segala kos akan ditanggung oleh pihak waris.
"Seniman akan cuba bantu mana-mana bahagian selagi kami mampu untuk memudahkan urusan arwah Benjy di Medan," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Hafiz Mohd Nafiah.
BACA: "Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan keluarga Benjy bersetuju untuk mengebumikannya di Medan, sebagai menghormati wasiat Allahyarham.
Seniman sebelum ini pernah dua kali melawat Benjy yang dihukum penjara 11 tahun 8 bulan di Medan, atas kesalahan memiliki 4.5 gram dadah jenis Methamphetamine.
Benjy, 43, meninggal dunia jam 11 pagi tadi akibat penyakit asma.
BACA: Benjy meninggal dunia di Medan
#Benjy Ibrahim #Indonesia #penjara #pelakon #kebumi #meninggal dunia