awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah bonda Sultan Johor dijangka tiba malam ini

Bernama
Bernama
05/06/2018
03:49 MYT
Jenazah bonda Sultan Johor dijangka tiba malam ini
Bonda Sultan Johor, Enche Besar Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat, pada usia 83 tahun.
Jenazah bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), malam ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata ketika ini jenazah Almarhumah sedang diiring di dalam pesawat peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dari London dan dijangka sampai di LTAS pada 10.30 malam.
"Istiadat Pemakaman akan dilaksanakan pada hari esok. Tuanku Sultan Johor memperkenan jenazah Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, sebaris dengan makam Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim," katanya di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata segala persiapan bagi Istiadat Pemakaman telah disempurnakan dan ketibaan jenazah Almarhumah malam ini akan disambut Sultan Ibrahim, kerabat damping, Jumaah Majlis Diraja Johor, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, barisan exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.
Beliau berkata pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan mengusung jenazah turun dari pesawat dan disambut Sultan Ibrahim dan kerabat sebelum disemayam di van jenazah Jabatan Agama Islam Johor untuk diiring ke Istana Besar.
BACA: Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bonda
#jenazah
#London
#mangkat
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan