KUALA LUMPUR:Jenazah bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 10.30 pagi tadi.
Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada kira-kira 9.30 pagi selepas disolatkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala, diimamkan Imam Surau Ar-Rahman Pusat Dagangan Dunia Putra Mohammad Hanafi Mahazir dan dihadiri kira-kira 20 jemaah.
Bacaan doa dan talkin dipimpin oleh Imam Surau Jumaat Damansara Perdana Muhamad Pisul Idris dan Imam Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Azrul Azli Aziz.
Pengebumian itu juga berlangsung ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika ini dan antara yang hadir di tanah perkuburan tersebut ialah Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas isteri Allahyarham, Datin Sharifah Sheril Aida Syed Kechil.
Sementara itu, Mohd Shafie yang merupakan rakan seperjuangan Allahyarham yang bergiat aktif dalam dunia politik dan aktiviti kemasyarakatan, berkata sepanjang persahabatan mereka selama lebih 20 tahun, beliau amat menyenangi keperibadian Allahyarham.
"Dia tidak banyak kerenah. Seorang pemimpin (ketua) yang baik. Selalu mengambil berat tentang kebajikan masyarakat," katanya.
Sharifah Sheril Aida pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bekas suami dan sahabat yang baik.
"Walaupun sudah lama berpisah, kami masih bersahabat. Anak-anak yang menjaga Allahyarham.
"Allahyarham merupakan insan yang terlalu baik bagi saya. Beliau seorang yang penyayang. Dalam dunia ini, susah berjumpa orang sepertinya.
"Semoga Allah tempatkan Allahyarham di tempat yang terbaik," katanya.
Railey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada 5.30 petang semalam, akibat sakit tua.
Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen Silam, memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan bagi tempoh 1986 hingga 1995 dan selepas itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya hingga 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 27 2020
Railey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada 5.30 petang semalam, akibat sakit tua. -Astro AWANI
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Jenazah Datuk Railey Jeffrey selamat dikebumikan
Railey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, pada 5.30 petang semalam, akibat sakit tua.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey meninggal dunia
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.