awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
UTM Aerolab kukuh sebagai pusat bertaraf dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/07/2025
21:00 MYT
Jenazah enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Jerlun, sekitar 11.50 malam tadi. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Jerlun, dekat sini, sekitar 11.50 malam tadi.
Jenazah keenam-enam mangsa disemadikan berdekatan pusara kembar kepada Tuah Haydar, iaitu Jebat Haydar, yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat masalah kesihatan.
Terdahulu proses bedah siasat kesemua mangsa selesai dan dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 9.20 malam.
Jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Taqwa.
Lebih 500 orang terdiri ahli keluarga dan penduduk tempatan hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada semua jenazah.
Pada Isnin, Mohammad Azim Izat Ishak, 32, dan isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan ditemukan maut dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam dalam Sungai Korok.
Astro AWANI melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.
Kehilangan pasangan suami isteri serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra.
Topic Berkaitan
#enam beranak maut
#kereta tenggelam
#Sungai Korok
#satu liang lahad
#Masjid Al-Taqwa Jerlun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan