MALAYSIA
  
            Jenazah Hamid Gurkha selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kota Raja dan dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira 9.50 malam. - Bernama
            
      KLANG: Jenazah pelawak veteran Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali Hamid Gurkha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa di sini malam ini.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kota Raja dan dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira 9.50 malam.
Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan selebriti Allahyarham turut kelihatan di pekarangan masjid dan tanah perkuburan antaranya penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash dan pelawak Sulaiman Yassin (Mat Over).
BACA: [BELASUNGKAWA] Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan...
Hamid Gurkha, 89, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada 2.19 petang tadi akibat sakit tua.
Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 selain turut popular menerusi filem Senario The Movie dan Zombi Kampung Pisang.
-- BERNAMA