awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu

Bernama
Bernama
05/07/2023
14:45 MYT
Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu
Allahyarham Putri Alleya Maisarah ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat iaitu kira-kira jam 3 petang Selasa. - Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, telah dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada jam 8.10 malam Rabu.
Van jenazah membawa mangsa remaja perempuan itu meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu dengan diiringi sebuah kereta peronda polis.
Ibu saudara mangsa, Rosilawati Kassim, 49, berkata, jenazah Allahyarham Putri Alleya Maisarah akan dikebumikan berdekatan pusara ibu bapa serta lima adik beradiknya yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa.
"Kita jangka semua urusan pengebumian diselesaikan pada malam Rabu," katanya ketika ditemui di HSNZ sebentar tadi.
Allahyarham Putri Alleya Maisarah ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat iaitu kira-kira jam 3 petang Selasa.
Sehingga ini, dua lagi mangsa belum ditemukan iaitu Putri Nor Fatin, 14 dan Muhammad Fikri Saliman berusia 24 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#pusara
#operasi mencari dan menyelamat
#kereta peronda polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan