awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi

Bernama
Bernama
18/06/2023
07:23 MYT
Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham disembahyangkan dengan diimamkan anak sulungnya Ahmad Naji, bersama hadirin di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. -Twitter Dato Setia Dr Naim
KUALA LUMPUR: Jenazah Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Mahmood Zuhdi Abd Majid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan dengan diimamkan oleh anak sulungnya Ahmad Naji, bersama hadirin di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Paizah Ismail dan tiga anak, Ahmad Naji, 48, Ahmad Syadi, 45, serta Ahmad Wafi, 41.
"Beliau (Allahyarham) dalam proses menghabiskan biografi, sudah pun keluar tiga siri, tidak sempat menghabiskan siri terakhir dan Allahyarham terkilan sedikit," kata Ahmad Naji dan menambah ketika dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi bapanya, ia sudah berada pada tahap empat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Bulat serta tanah perkuburan.
Mujahid ketika ditemui berkata hari ini negara kehilangan seorang ilmuwan yang banyak memberi sumbangan bukan sahaja menulis tetapi juga memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai soal fiqah.
"Pandangan Allahyarham sangat penting, banyak buku yang Allahyarham tulis dan kita kehilangan, sedih dan semoga segala sumbangan Allahyarham Mahmood Zuhdi boleh dikembangkan oleh generasi seterusnya dan tersimpan rekodnya sebagai seorang daripada ilmuwan yang kontemporari, lokal dan praktikal dalam konteks Malaysia khususnya dan fiqah secara umumnya," kata Mujahid.
Mahmood Zuhdi merupakan seorang tokoh akademik serta dakwah dan ketika hayatnya pernah menjawat pelbagai jawatan antaranya Dekan Fakulti Syariah Universiti Malaya (UM), Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dan Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang memperoleh Ijazah Sarjana daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah daripada UM juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Public Bank.
Allahyarham juga menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahmood Zuhdi Abd Majid
#Masjid Tun Abdul Aziz
#kanser paru-paru
#Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan