awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah mangsa lemas dibawa pulang ke Indonesia hari ini

Bernama
Bernama
21/02/2018
02:53 MYT
Jenazah mangsa lemas dibawa pulang ke Indonesia hari ini
Seorang daripada tujuh individu yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras ditemui oleh anggota bomba dan tentera pada pukul 9.49 malam di Sungai Buloh di Jambatan Kampung Paya Jaras Hulu, Sungai Buloh, 19 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
Jenazah warganegara Indonesia, Hashir, 38, seorang daripada lima mangsa lemas akibat dibawa arus deras di Sungai Gasi pada Isnin, dibawa pulang ke kampung halamannya di Bangkalan, Madura, Indonesia hari ini.
Kaunselor Kedutaan Indonesia di sini, Yusron Ambary berkata pihak kedutaan telah mengeluarkan surat pelepasan dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan bagi membawa pulang jenazah.
"Satu surat sudah dikeluarkan bagi antara lain menyatakan mangsa meninggal kerana 'drowning' dan jenazah akan dibawa pulang ke Indonesia untuk disemadikan.
"Nanti ada keluarganya yang akan menyambut jenazah di lapangan terbang Surabaya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Lima maut manakala tiga lagi terselamat selepas dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini pada kira-kira 5.40 petang Isnin.
Allahyarham Hashir merupakan mangsa pertama ditemui pada malam hari kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jenazah
#Kedutaan Indonesia
#lemas
#Madura
#mangsa
#Sungai Buloh
#Sungai Gasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan