BALING: Jenazah kanak-kanak lelaki yang maut selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun tikus, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan dekat sini, kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
Terdahulu, van yang membawa jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dari Hospital Pulau Pinang (HPP) tiba di pekarangan rumah datuk dan neneknya di Kampung Banggol Berangan kira-kira pukul 6 petang.
Solat jenazah kemudian diadakan di Surau Lebai Ahmad, Kampung Banggol Berangan yang dipimpin imam Masjid Al Halimi Kampung Selarong Abdul Manaf L Saad.
Kira-kira 300 orang termasuk ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir pada pengebumian itu.
Sementara itu, datuk mangsa, Hasnorizal Ab Wahab, 46, menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian cucunya itu selesai dengan lancar.
"Syukur alhamdulillah ... semua dah selesai ... saya reda," katanya kepada media di pekarangan tanah perkuburan itu, bagaimanapun ibu kanak-kanak terbabit enggan ditemu bual pemberita.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, berada dalam keadaan kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.
Dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh seorang pemilik kebun, yang dikatakan untuk memerangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada 11 pagi hari kejadian selepas melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut mereka berbuih.
Kedua-dua mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya HPP.
Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada 8.40 pagi tadi, manakala adiknya dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Kira-kira 300 orang termasuk ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir pada pengebumian itu. - Gambar Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.