Jenazah Mustaqqeem selamat dibawa turun dari puncak Gunung Liang petang ini

Jenazah Mustaqqeem Mansoor berjaya dibawa keluar dari puncak Gunung Liang menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada jam 2.45 petang. -Foto Sinar Harian
IPOH: Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi.
Ringkasan AI
- Jenazah Mustaqqeem Mansoor berjaya dibawa keluar dari puncak Gunung Liang menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada jam 2.45 petang.
- Operasi membawa keluar jenazah tergendala pada waktu pagi akibat hujan dan awan tebal, namun berjaya dilakukan dengan teknik winching dari puncak berketinggian 1,933 meter.
- Mustaqqeem, 34, ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang semalam selepas hilang sejak 14 Okt ketika mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser.
"Mangsa berjaya dibawa naik pada 2.45 petang menggunakan teknik winching dan diterbangkan ke padang kawad UPSI sebelum dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan.
Shazlean berkata percubaan pertama membawa keluar mangsa pada sebelah pagi tidak dapat dilakukan kerana hujan dan awan tebal di persekitaran gunung.
Sementara itu, komander operasi Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi berkata dua malim gunung kekal berada di puncak gunung bagi memastikan mayat mangsa selamat sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.
Mustaqqeem, 34, ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang semalam, di puncak Gunung Liang Barat selepas bersama-sama 10 rakan memulakan pendakian pada 10 Okt dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Okt.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami