MALAYSIA

Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas subuh

Astro Awani 19/01/2026 | 05:14 MYT
Jenazah pelakon Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah, Mekah pada jam 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia). -Foto Facebook
JEDDAH: Jenazah pelakon Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah, Mekah pada jam 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia).


Ringkasan AI
  • Jenazah pelakon Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah, Mekah pada jam 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia).
  • Suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah mengesahkan berita tersebut melalui akaun media sosial beliau hari ini.
  • Muhammad Kamarul dan anak perempuannya, Sarah, berlepas dari KLIA menuju Jeddah pada jam 5.35 petang semalam untuk menguruskan pengebumian Nadia di Arab Saudi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Perkara tersebut disahkan suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi akaun media sosial beliau hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut memaklumkan anak perempuannya, Sarah serta sahabat baik Nadia, mendapat peluang untuk memandikan jenazah Allahyarham sebelum dikafankan.

"Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya, alhamdulillah.

"Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am," tulisnya.



Muhammad Kamarul Kabilan dalam hantaran berikutnya mengungkap kesedihan terpaksa berpisah dengan isteri tersayang dan berjanji untuk menziarah pusara Allahyarham tidak lama lagi.

"Saya terpaksa meninggalkanmu sekarang sayang...dengan kepedihan dan kesedihan di hatiku. Tetapi saya tahu kau berada di tempat yang LEBIH BAHAGIA.

"Selamat tinggal. Saya dan anak-anak akan melawatmu tidak lama lagi, insya-Allah! Amin."



Muhammad Kamarul dan Sarah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 5.35 petang semalam bagi menguruskan pengebumian Nadia di negara itu.

Sebelum ini, tanda tanya mengenai kehilangan pelakon itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terjawab apabila beliau meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Allahyarham merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula 14 Januari dan sepatutnya pulang 28 Januari ini.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang disahkan oleh suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah melalui akaun media sosial beliau?
    A: Jenazah pelakon Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah, Mekah pada jam 5.44 pagi waktu tempatan.
  • Q: Siapakah yang mendapat peluang untuk memandikan jenazah Allahyarham sebelum dikafankan?
    A: Anak perempuan Nadia, Sarah, dan sahabat baik Nadia turut memandikan jenazah Allahyarham sebelum dikafankan.
  • Q: Mengapakah Muhammad Kamarul dan Sarah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi?
    A: Mereka berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 5.35 petang semalam bagi menguruskan pengebumian Nadia di negara itu.
  • Q: Mengapakah tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma terjawab sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah?
    A: Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
  • Q: Berapa jumlah peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama agensi pelancongan yang diikuti oleh Allahyarham?
    A: Allahyarham merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama agensi pelancongan bermula 14 Januari dan sepatutnya pulang 28 Januari.



#Nadia Kesuma #meninggal dunia #Jeddah #Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah