Jenazah Nassier Wahab selamat dikebumi

Astro Awani
Disember 5, 2019 04:20 MYT
Jenazah Nassier disembahyangkan di Masjid Sirajuddin Al- Anuar, di Kampung Batu Belah. - Astro AWANI/SAHARUDIN MUSTHAFA
Jenazah Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, di sini.
Terdahulu, jenazah penyanyi popular era 80-an itu telah dibawa ke Masjid Sirajuddin Al- Anuar, di Kampung Batu Belah, untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Awal pagi ini, penyanyi popular era 80-an itu meninggal dunia pada jam 12.45 pagi di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.
Nassier, 57 tahun, meninggalkan seorang isteri Datin Fatimah Abd Rauf dan seorang anak, Intan Najihah.
BACA: Datuk Nassier Wahab meninggal dunia
BACA: Satu kehilangan besar - Seniman dukacita pemergian Nassier Wahab
VIDEO: Petua awet muda Nassier Wahab
BACA: Jaga solat, baca Al-Quran petua awet muda Nassier Wahab
#jenazah #kebumi #Klang #meninggal dunia #Nassier Wahab #solat jenazah