awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
22/12/2021
09:31 MYT
Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Kaum keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat mengiringi pengebumian Allahyarham Osman Sapian di Johor Bahru pada Rabu. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin di sini, pada pukul 4 petang Rabu.
Sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Jalan Sentosa Larkin bagi membolehkan keluarga memberikan penghormatan terakhir.
Selain ahli keluarga, turut mengiringi jenazah Allahyarham Osman ialah rakan politik sert Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Nor Nekman berkata, pesanan terakhir dan sering dilafazkan bapanya ialah supaya terus menjaga keluarga besar mereka.
Mengagumi keperibadian ayahnya, Nor Nekman berazam mahu meneruskan khidmat Allahyarham kepada masyarakat.
"Saya sendiri memang sentiasa didedahkan dengan kerja-kerja khidmat dan kebajikan kepada masyarakat dan akan teruskan apa yang arwah tinggalkan,” kata Nor Nekman.
Nor Nekman dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk pengurusan hospital dan kerajaan negeri Johor yang membantu melancarkan urusan perjalanan jenazah dari Kuala Lumpur sehingga ke tanah perkuburan.
Topic Berkaitan
#Osman Sapian
#bekas Menteri Besar Johor
#osman sapian meninggal dunia
#Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan