awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pasangan suami isteri maut di Indonesia diterbangkan ke Singapura hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2022
02:45 MYT
Jenazah pasangan suami isteri maut di Indonesia diterbangkan ke Singapura hari ini
Jenazah Firdaus dan isterinya dilapor dibawa pulang ke Singapura hari ini - Foto ihsan waris mangsa
JENAZAH pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan rombongan kumpulan muzik Debu di Jawa Timur, Indonesia awal pagi Isnin dilapor akan dibawa pulang ke Singapura, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat mangsa kepada Astro AWANI.
"InsyaAllah petang baru boleh bawa balik kedua-dua jenazah ke Singapura," katanya dalam pesanan WhatsApp, hari ini.
Sementara itu, Detik.com melaporkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Firdaus Harun Rashid, 31, merupakan warganegara Singapura, sementara isterinya, Al Haddad Amal Sheikh Aidaros, 30, berasal dari Selangor.
Kedua-dua jenazah ketika ini difahamkan berada di Rumah Sakit Al-Irsyad Surabaya.
Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, Mariudi Wahyono memaklumkan pihaknya sedang menunggu dokuman daripada Kedutaan Singapura di Jakarta bagi menguruskan jenazah Firdaus.
"Mudah-mudahan kelengkapan dokumen tersebut dapat diuruskan dengan segera. Sehingga itu, dua jenazah ini boleh segera diterbangkan dan dikebumikan di Singapura," katanya seperti dilapor Detik.com.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kemalangan berlaku di Tol Pasuruan - Probolinggi arah timur ke barat di Kota Probolinggi pada jam 12.10 pagi Isnin ketika mangsa menyertai rombongan kumpulan muzik Debu.
BACA: Suami isteri warga Malaysia maut dalam kemalangan rombongan kumpulan 'Debu'
Rombongan kumpulan muzik itu menaiki kereta jenis Toyota Vellfire dilapor terlanggar belakang lori.
Akibatnya, kereta Vellfire tersebut remuk di bahagian depan manakala lori terbabit beredar dari lokasi.
Empat penumpang lain mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Dr Mohamad Saleh.
Debu merupakan kumpulan muzik terkenal dengan lagu kerohanian berpangkalan di Jakarta Selatan, kebanyakannya dianggotai warga Amerika Syarikat.
Astro AWANI masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar berhubung insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#suami isteri
#kemalangan
#debu
#jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan