awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Salahuddin tiba di kampung halaman

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
23/07/2023
21:30 MYT
Jenazah Salahuddin tiba di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub (gambar kecil) selamat tiba di kediaman ibunya, Aminah Abdullah di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, sekitar pukul 3.35 pagi Isnin.
PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat tiba di kediaman ibunya, Aminah Abdullah, 83, di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, sekitar pukul 3.35 pagi Isnin.
Mengiringi jenazah Salahuddin ialah isteri Allahyarham, Datin Seri Fatimah Taha serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Sejam sebelum itu, jenazah Allahyarham Salahuddin yang tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menerusi penerbangan khas dari Alor Setar, Kedah disambut oleh ahli keluarga dan kenalan.
Turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Salahuddin ialah Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman.
Jenazah Ahli Parlimen Pulai itu dijangka dibawa ke Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot, di sini, untuk disembahyangkan pada pukul 11 pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat.
Allahyarham Salahuddin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada pukul 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Beliau yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Salahuddin Ayub meninggal dunia
#pendarahan otak
#Jualan Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan