awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Saleem selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
14/10/2018
21:41 MYT
Jenazah Saleem selamat dikebumikan
Sebahagian rakan-rakan Allahyarham Saleem mengaminkan bacaan doa setelah jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Batu 10 pada Ahad. --fotoBERNAMA
Jenazah penyanyi Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed, selamat dikebumikan pada 2.15 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras di sini.
Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira 6 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan disolatkan di Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.
Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran keluarga, saudara mara, kenalan serta rakan artis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Saleem.
Isterinya, Juriah Bachok merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir membantu beliau sekeluarga.
"Saya reda dengan pemergiannya... Dia (Saleem) seorang yang baik serta tidak pernah kacau orang lain," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
"Dia juga tidak mahu tunjuk dia sakit, memang lepas kemalangan dia tidak boleh bercakap banyak tetapi dia sentiasa positif," jelas Juriah.
Saleem, 57, yang popular dengan lagu 'Suci Dalam Debu' bersama kumpulan Iklim, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 21 Sept lepas yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.
Anaknya, Syafiq Farhain pula berharap karya bapanya akan terus segar di persada industri muzik tanah air.
"Terima kasih kepada semua pihak yang hadir hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheras
#iklim
#Islam
#jenazah
#Juriah Bachok
#kebumi
#kemalangan
#meninggal dunia
#Saleem
#Saleem Iklim
#Syafiq Farhain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan