awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Suhami Saad selamat dikebumikan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
04:12 MYT
Jenazah Suhami Saad selamat dikebumikan
Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis kumpulan nasyid Diwani, Hasnol Jamal. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA TINGGI: Jenazah bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, di sini pada jam 9 pagi, Khamis.
Lebih 200 ahli keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Turut berada di tanah perkuburan anak sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15, dan Salman Elkhoyri, 13.
Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis kumpulan nasyid Diwani, Hasnol Jamal.
Sebelum itu, jenazah disolatkan sekali lagi di rumah keluarga isterinya, Nordiana Mohd Naim, 39, di Felcra Sungai Ara di sini.
Suhaimi Saad meninggal dunia pada malam Rabu
Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru
Suhaimi berkahwin dengan Nordiana pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Allahyarham, 43, dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat dan ditidurkan sebelum dirujuk ke HSI empat hari lalu.
Jenazah Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke Felcra Sungai Ara pada jam 11.15 malam Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suhami Saad
#meninggal dunia
#kebumi
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan