awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/11/2023
01:15 MYT
Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman. - Astro AWANI
KEMAMAN: Jenazah tukang jahit yang maut selepas dipercayai dilanggar dan ditikam rakan kongsinya, di Batu 23, Jalan Kuala Berang, di Hulu Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman kira-kira pukul 12.15 tengah malam Khamis.
Terdahulu jenazah warga emas berusia 65 tahun itu dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin untuk disolatkan.
Pada Rabu mayat seorang wanita warga emas ditemui tertiarap di dalam longkang dengan kesan tikaman di bahagian badan, dipercayai dilanggar dan ditikam rakan perniagaannya yang berusia 35 tahun.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas terjadi pertelingkahan antara mangsa dan suspek gara-gara ketidakpuasan hati berhubung agihan hasil keuntungan perniagaan mereka.
Susulan itu polis telah menahan seorang suspek berusia 35 tahun kira-kira jam 11 pagi Rabu, di kediamannya di Wakaf Tapai, Marang.
Topic Berkaitan
#jenazah
#warga emas
#tukang jahit
#kebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan