awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah wartawan veteran Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
11/11/2024
05:16 MYT
Jenazah wartawan veteran Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan
Penduduk dan ahli keluarga menunaikan solat jenazah wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid di Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid, 71, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini pada 10 pagi ini.
Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati pada 8 pagi untuk disembahyangkan.
Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan wartawan hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 9.35 pagi untuk pengebumian.
Allahyarham Rosnah yang pernah bertugas di akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun sejak 1977, meninggal dunia di rumah kakaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 9.30 pagi semalam.
Allahyarham yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbok, Kedah merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.
Rosnah juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tanjung Dawai selepas menewaskan calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan pernah menyandang jawatan Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Negeri Kedah bagi penggal 2000/2003.
Beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia selama setahun pada 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rosnah abd majid
#wartawan veteran
#meninggal dunia
#selamat dikebumikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan