awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Zainuddin Maidin dibawa pulang ke Putrajaya

Bernama
Bernama
14/12/2018
15:57 MYT
Jenazah Zainuddin Maidin dibawa pulang ke Putrajaya
Jenazah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin tiba di kediamannya di Presint 10, Putrajaya selepas dimandikan di Rumah Mayat Hospital Serdang, malam ini. - Foto Bernama
Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa pulang ke kediamannya di Presint 10 di sini, selepas dimandi dan dikafankan di Hospital Serdang.
Jenazah tiba pada kira-kira 10.40 malam Jumaat, diiringi anggota keluarga dan disambut jiran tetangga dan sahabat handai.
Menurut anak bongsunya, Zaidan, 38, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau At-Tarbiah, Jalan I1, Taman Melawati, Kuala Lumpur esok pagi untuk disembahyangkan.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman itu.
Zainuddin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira 6.40 petang Jumaat kerana serangan jantung.
Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam, dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#jenazah
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
#Putrajaya
#Zainuddin Maidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan