awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JENDELA beri keutamaan pembangunan infrastruktur komunikasi seluruh negara

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2020
09:11 MYT
JENDELA beri keutamaan pembangunan infrastruktur komunikasi seluruh negara
MCMC menjelaskan, melalui pelan JENDELA, sasaran-sasaran yang ditetapkan di bawah NFCP telah ditambah baik dan dipercepatkan bagi menghadapi cabarancabaran besar pasca COVID-19. - Gambar fail
Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bertujuan mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi di seluruh negara melalui pembangunan infrastruktur yang lebih cepat dan menyeluruh.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan media menjelaskan JENDELA tetap memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di Sabah dari 2020 sehingga 2022.
Antara projek pembangunan infrastruktur komunikasi di Sabah ialah penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu yang sedang dirancang.
Selain itu, penaiktarafan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
"Selain itu, 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh penyedia perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G.
"Sebanyak 251,166 premis akan turut disediakan dengan capaian kepada gentian optik.
"Turut mendapat perhatian ialah pembinaan sebuah menara telekomunikasi baharu untuk memberi perkhidmatan 4G kepada penduduk di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah.
"Projek ini sedang dilaksanakan di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP1) dan dijangka siap menjelang suku kedua 2021," kata kenyataan tersebut.
MCMC menjelaskan, melalui pelan JENDELA, sasaran-sasaran yang ditetapkan di bawah NFCP telah ditambah baik dan dipercepatkan bagi menghadapi cabarancabaran besar pasca COVID-19.
MCMC bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mendukung komitmen untuk memberi pengalaman terbaik kepada rakyat dan menjana pembangunan semula negara melalui penyediaan infrastruktur komunikasi yang mampan.
Topic Berkaitan
#JENDELA
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#KKMM
#MCMC
#Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara
#Sabah
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan