#JendelaRamadan: Bazar Ramadan mana paling trending?

Astro Awani
Jun 17, 2015 23:42 MYT
Bazar Ramadan mana menjadi pilihan anda? Ikuti undian di Astro AWANI. -Gambar Fail
Menjengah ke bazar Ramadan bagi sesetengah orang menjadi aktiviti wajib dan sangat dinantikan apabila tiba bulan puasa.
Ini kerana jualan pelbagai jenis juadah di bazar Ramadan lebih memudahkan, apatah lagi kepada mereka yang tidak sempat pulang untuk menyediakan sajian berbuka.
Tidak kurang juga sesetengah bazar Ramadan yang menjadi pilihan dan tumpuan kerana kemeriahannya atau ada juadah popular dan unik dijual di situ.
Tidak hairanlah jika ada yang sanggup memandu jauh demi mendapatkan sajian kegemaran di bazar pilihan masing-masing.
Buat warga di Lembah Klang, khususnya, bazar Ramadan mana menjadi pilihan anda?
#Bazar Ramadan #berbuka #Param #pasar Ramadan #puasa #Ramadan