Jennie Blackpink perkenal muka taip Zen Serif dengan kerjasama Meta

ZEN SERIF direka dengan gaya minimalis dan moden, sesuai untuk pelbagai kandungan visual serta boleh dimuat turun secara percuma. -Amanz
AHLI kumpulan popular BLACKPINK, Jennie Kim, memperkenalkan muka taip baharu dinamakan ZEN SERIF yang dibangunkan bersama Meta, menjadikannya muka taip Korea pertama yang boleh digunakan dalam aplikasi Instagram Edits.
Ringkasan AI
- Jennie BLACKPINK memperkenalkan muka taip Korea baharu bernama ZEN SERIF bersama Meta, kini boleh digunakan dalam aplikasi Instagram Edits.
- ZEN SERIF direka dengan gaya minimalis dan moden, sesuai untuk pelbagai kandungan visual serta boleh dimuat turun secara percuma.
- Aplikasi Edits turut dikemas kini dengan ciri baharu seperti kesan bunyi tambahan dan laporan prestasi Reels dalam bentuk PDF.
Muka taip tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui laman rasmi OA Entertainment dan beberapa platform lain.
Ia turut diintegrasikan ke dalam aplikasi Edits, membolehkan pengguna menggunakan ZEN SERIF secara terus dalam penghasilan kandungan kreatif mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, aplikasi Edits turut menerima kemas kini baharu yang mempertingkat pengalaman pencipta kandungan.
Antara ciri terbaharu termasuk ratusan kesan bunyi baharu serta fungsi untuk menjana laporan prestasi Reels dalam bentuk PDF yang boleh dikongsi bersama rakan kongsi atau klien.
Pelancaran ZEN SERIF bukan sahaja memperkukuh kedudukan Jennie sebagai ikon budaya pop global, malah menandakan langkah signifikan dalam penggabungan seni reka huruf Korea dengan teknologi digital moden.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami