Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 10 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 2.10 petang

GEORGE TOWN, 13 Ogos -- Pemandangan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shan diselubungi jerebu ketika tinjauan hari ini.  Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di beberapa lokasi di Pulau Pinang hari ini kebanyakannya berada pada tahap sederhana setakat 1 tengah hari, dengan Minden merekodkan bacaan tertinggi iaitu 103._BERNAMA
Pemandangan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shan diselubungi jerebu ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2.10 petang ini, meningkat berbanding tujuh kawasan yang direkodkan pada jam 11.30 pagi tadi.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan tidak sihat di Sarawak, dengan Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 178.

Ia diikuti Samarahan dengan bacaan 177, Kuching (174), Sri Aman (161) dan Sarikei (157), Mukah (152) dan Sibu (151).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah dua kawasan di Selangor masing-masing Johan Setia (154) dan Shah Alam (105).

Di Kuala Lumpur pula, Cheras merekodkan IPU tidak sihat pada 128.

Mengikut status IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

 

Must Watch Video

Advertisement