Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 14 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Sumber: Astro AWANI
Menurut portal APIMS, 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu IPD Serian (197), Kuching (181), Samarahan (179), Sri Aman (172), Sarikei (163), Samalaju (161), Sibu (157), Mukah (155), Bintulu (153), Miri (147), ILP Miri (147).
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu IPD Serian (197), Kuching (181), Samarahan (179), Sri Aman (172), Sarikei (163), Samalaju (161), Sibu (157), Mukah (155), Bintulu (153), Miri (147), ILP Miri (147).

Sementara itu, satu kawasan di Sabah, iaitu Politeknik Kota Kinabalu turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu (150), diikuti Pasir Gudang di Johor (109), dan Wilayah Persekutuan Labuan (103).

Secara keseluruhan, 49 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala lima kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement