Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 14 kawasan masih catat IPU tidak sihat setakat 6 petang, Nilai kekal tertinggi

Nilai di Negeri Sembilan kembali mencatat peningkatan satu mata kepada bacaan IPU 162 berbanding 161 pada jam 5 petang tadi, sekali gus kekal merekodkan bacaan tertinggi negara. -Gambar fail/Bernama
Nilai di Negeri Sembilan kembali mencatat peningkatan satu mata kepada bacaan IPU 162 berbanding 161 pada jam 5 petang tadi, sekali gus kekal merekodkan bacaan tertinggi negara. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Situasi jerebu di seluruh negara kekal stabil dengan 14 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang.
  • Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 162, manakala Seremban kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan 158.
  • 54 stesen pemantauan lain di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, berada dalam kategori sederhana dan baik.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara kekal stabil dengan 14 kawasan terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 petang ini.

Nilai di Negeri Sembilan kembali mencatat peningkatan satu mata kepada bacaan IPU 162 berbanding 161 pada jam 5 petang tadi, sekali gus kekal merekodkan bacaan tertinggi negara.

Mengikut data kualiti udara terbaharu, Seremban kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan 158.

Di Selangor, beberapa kawasan utama menunjukkan perubahan kecil apabila Johan Setia meningkat satu mata kepada 156, Petaling Jaya menurun satu mata kepada 154, manakala Klang dan Shah Alam masing-masing kekal pada bacaan 154 dan 152. Banting pula meningkat satu mata kepada 152.

Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda di Kuala Lumpur meningkat satu mata kepada 154 dan Putrajaya naik satu mata kepada 152. Cheras pula mencatat penurunan 11 mata kepada 106 berbanding 117 pada jam terdahulu.

Bukit Rambai di Melaka mencatat penurunan sembilan mata kepada 144 berbanding 153 sebelum ini.

Port Dickson di Negeri Sembilan terus mencatat penurunan bacaan IPU apabila turun tiga mata kepada 115, manakala Kluang di Johor menurun satu mata kepada 103 dan Tangkak kekal pada bacaan 151.

Secara keseluruhan, 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak, berada dalam kategori sederhana dan baik.

Alor Gajah dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 98, iaitu yang tertinggi dalam kategori sederhana, manakala kualiti udara terbaik direkodkan di Kimanis, Sabah dengan bacaan 42 diikuti Limbang, Sarawak pada bacaan 43.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat jam 6 petang? 
    A: Sebanyak 14 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara? 
    A: Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU tertinggi dengan nilai 162.
  • Q: Bagaimanakah situasi kualiti udara di Sabah dan Sarawak? 
    A: Kualiti udara di Sabah dan Sarawak berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kimanis mencatat bacaan 42 dan Limbang 43.
  • Q: Apakah perubahan bacaan IPU di beberapa kawasan utama Selangor? 
    A: Johan Setia meningkat satu mata kepada 156, Petaling Jaya menurun satu mata kepada 154, Klang dan Shah Alam kekal pada 154 dan 152, manakala Banting meningkat satu mata kepada 152.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan IPU yang berada dalam kategori sederhana dan baik di seluruh negara? 
    A: Sebanyak 54 stesen pemantauan IPU lain di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement