Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 18 kawasan kekal catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi setakat 7 malam

Nilai di Negeri Sembilan terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara apabila kekal pada 158 sejak 6 petang tadi. -Gambar hiasan/Bernama
Nilai di Negeri Sembilan terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara apabila kekal pada 158 sejak 6 petang tadi. -Gambar hiasan/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Seramai 18 kawasan di pantai barat Semenanjung dan Sarawak terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini.
  • Negeri Sembilan kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada 158, diikuti beberapa kawasan lain seperti Batu Muda, Seremban, Klang dan Sri Aman.
  • Baki 50 stesen pemantauan IPU berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Langkawi mencatatkan bacaan terendah iaitu 44.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung dan Sarawak tidak banyak berubah apabila 18 kawasan terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 malam ini.

Nilai di Negeri Sembilan terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara apabila kekal pada 158 sejak 6 petang tadi.

Mengikut data kualiti udara terkini, Batu Muda di Kuala Lumpur serta Seremban turut mencatatkan bacaan tidak sihat yang stabil dengan masing-masing kekal pada 157.

Di Selangor, bacaan IPU menunjukkan trend bercampur apabila Klang kekal pada 156, manakala Petaling Jaya susut satu mata kepada 151 dan Johan Setia turun satu mata kepada 153.

Banting pula menunjukkan trend pemulihan dengan penurunan lima mata kepada 131, manakala Shah Alam mencatatkan penurunan ketara sebanyak 13 mata kepada 119.

Di Johor, Larkin mencatat peningkatan 12 mata kepada 152 berbanding 140 pada 6 petang tadi, manakala Tangkak dan Batu Pahat masing-masing meningkat satu mata kepada 154.

Pasir Gudang pula merekodkan peningkatan ketara sebanyak 28 mata kepada 133 berbanding 105 pada jam sebelumnya.

Putrajaya mencatatkan penurunan satu mata kepada 105, manakala stesen IPD Serian di Sarawak turun empat mata kepada 102, sekali gus menghampiri kategori sederhana.

Bagi kawasan terjejas lain, Bandaraya Melaka meningkat satu mata kepada 155, Bukit Rambai kekal pada 153 manakala Alor Gajah meningkat 11 mata lagi kepada 132.

Di Sarawak, Sri Aman kekal pada bacaan tidak sihat 152 tanpa perubahan berbanding sejam sebelumnya.

Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan terus berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 98, sama seperti Cheras di Kuala Lumpur dan Segamat di Johor.

Secara keseluruhan, baki 50 stesen pemantauan IPU di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik.

Langkawi di Kedah merekodkan bacaan terendah iaitu 44, diikuti Kemaman, Terengganu pada 45 dan Besut, Terengganu pada 48.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam? 
    A: Sebanyak 18 kawasan mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat setakat 7 malam.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia? 
    A: Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 158.
  • Q: Apakah trend bacaan IPU di Selangor? 
    A: Bacaan IPU di Selangor menunjukkan trend bercampur, dengan Klang kekal pada 156, Petaling Jaya turun kepada 151, Johan Setia turun kepada 153, Banting turun kepada 131, dan Shah Alam turun kepada 119.
  • Q: Bagaimanakah situasi IPU di Johor dan Sarawak? 
    A: Di Johor, Larkin meningkat kepada 152, Tangkak dan Batu Pahat masing-masing meningkat kepada 154, Pasir Gudang meningkat kepada 133. Di Sarawak, stesen IPD Serian turun kepada 102 dan Sri Aman kekal pada 152.
  • Q: Berapakah bacaan IPU terendah yang direkodkan dan di mana? 
    A: Bacaan IPU terendah direkodkan di Langkawi, Kedah iaitu 44, diikuti Kemaman, Terengganu pada 45 dan Besut, Terengganu pada 48.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement