Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 26 kawasan catat IPU tidak sihat setakat petang ini

Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 182 pada tahap tidak sihat setakat petang ini . - Foto Bernama
Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 182 pada tahap tidak sihat setakat petang ini . - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat petang ini.
  • Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 182, diikuti beberapa kawasan lain di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Sarawak.
  • Selain itu, 41 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, manakala satu kawasan berada pada tahap baik menurut portal APIMS Jabatan Alam Sekitar.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat petang ini dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 182.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Kota Tinggi (179), Larkin (170), Pengerang (168), Batu Pahat (166), Kluang (161), Tangkak (158) dan Segamat (156).

Di Selangor, lima kawasan turut mencatat bacaan tidak sihat melibatkan Johan Setia (161), Shah Alam (157), Petaling Jaya dan Klang (masing-masing 154) serta Banting (152).

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 170, diikuti Seremban (166) dan Port Dickson (152), manakala ketiga-tiga kawasan pemantauan di Melaka turut berada pada tahap tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (166), Bandaraya Melaka (158) dan Alor Gajah (157).

Bagi Wilayah Persekutuan, Putrajaya mencatat bacaan IPU 155, manakala Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan bacaan 154 dan 152.

Sementara itu, bacaan tidak sihat turut dilaporkan di Pahang membabitkan Rompin (152) serta Sarawak yang meliputi Kuching (155), IPD Serian (155) dan Samarahan (138).

Sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala udara di satu kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement