Ringkasan AI
- Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 27 setakat jam 4 petang ini.
- Johan Setia di Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 169, diikuti Alor Gajah dengan 165.
- Tiga kawasan iaitu Labuan, Kimanis dan Limbang kekal dalam kategori baik, dengan Limbang merekodkan kualiti udara terbaik.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang ini, meningkat daripada 26 kawasan pada jam sebelumnya selepas Sri Aman di Sarawak kembali berada dalam kategori tidak sihat.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor kekal merekodkan bacaan tertinggi negara iaitu 169, diikuti Alor Gajah (165).
Perubahan paling ketara dalam tempoh sejam lalu direkodkan di Perak apabila Tasek Ipoh meningkat daripada 122 kepada 136, manakala Pegoh Ipoh naik kepada 125 dan Seri Manjung kepada 114.
Di Sarawak, Sri Aman meningkat daripada 99 kepada 113 sekali gus kembali memasuki kategori tidak sihat. IPD Serian pula mencatatkan penurunan kepada 139 tetapi masih berada dalam kategori tidak sihat.
Di Negeri Sembilan, Nilai dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 164, manakala Port Dickson turun kepada 120.
Di Melaka, Alor Gajah mencatatkan bacaan 165, sementara Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 164 dan 161.
Di Johor, Kota Tinggi turun kepada 128 dan Kluang mencatatkan bacaan 105, manakala Tangkak kekal pada paras 161. Pasir Gudang dan Batu Pahat masing-masing merekodkan bacaan 157 dan 156.
Di Lembah Klang, Batu Muda merekodkan bacaan 164, Petaling Jaya (158), Klang (156), Putrajaya (154), Shah Alam (153) dan Cheras (152).
Sementara itu, tiga kawasan berada dalam kategori baik iaitu Labuan (48), Kimanis (43) dan Limbang (35). Limbang terus merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 4 petang?
A: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 4 petang. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 169. - Q: Apakah perubahan bacaan IPU yang ketara di Perak dalam tempoh sejam lalu?
A: Tasek Ipoh meningkat daripada 122 kepada 136, Pegoh Ipoh naik kepada 125, dan Seri Manjung kepada 114. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan kualiti udara terbaik di Malaysia?
A: Limbang mencatatkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 35. - Q: Apakah bacaan IPU di beberapa kawasan utama di Lembah Klang?
A: Bacaan IPU di Lembah Klang adalah Batu Muda (164), Petaling Jaya (158), Klang (156), Putrajaya (154), Shah Alam (153), dan Cheras (152).