Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: 31 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

JEREBU IPU TIDAK SIHAT
Setakat jam 9 pagi ini, Serian, Pasir Gudang dan Larkin merekodkan bacaan IPU tertinggi. --fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (175); Pasir Gudang (170) dan Larkin (169) di Johor; Bandaraya Melaka (166); Nilai, Negeri Sembilan (165); Johan Setia, Selangor (163) dan Batu Muda di ibu negara (114). 

Sebanyak 30 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement