Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 34 kawasan kekal tidak sihat setakat 11 pagi, Ipoh catat peningkatan IPU tertinggi

Setakat jam 11 pagi ini, tiada stesen pemantauan mencatat kualiti udara pada kategori Baik (0 hingga 50). Namun, beberapa stesen masih berada pada kategori Sederhana (51 hingga 100), dengan Kemaman dan Sandakan masing-masing merekodkan bacaan 99. -Gambar fail/Bernama
Setakat jam 11 pagi ini, tiada stesen pemantauan mencatat kualiti udara pada kategori Baik (0 hingga 50). Namun, beberapa stesen masih berada pada kategori Sederhana (51 hingga 100), dengan Kemaman dan Sandakan masing-masing merekodkan bacaan 99. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 11 pagi ini.
  • Klang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 192, manakala beberapa kawasan di Perak, Lembah Klang dan selatan Semenanjung turut merekodkan bacaan tinggi.
  • Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memastikan pengambilan air mencukupi dan memakai pelitup muka yang bersesuaian.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara kekal merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 11 pagi ini, dengan Tasek di Ipoh, Perak mencatat peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling ketara dalam tempoh sejam lalu.

Menurut data terkini Portal APIMS Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Tasek merekodkan peningkatan 18 mata daripada 117 pada jam 10 pagi kepada 135.

Trend kemerosotan kualiti udara turut direkodkan di stesen Pegoh yang meningkat 10 mata kepada 129. Dua lagi stesen di Perak iaitu Tanjung Malim dan Seri Manjung masing-masing mencatat bacaan tinggi iaitu 170 dan 167.

Sementara itu, Klang kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini iaitu 192, hanya sembilan mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas).

Stesen Johan Setia pula mencatat penurunan satu mata kepada 191 berbanding 192 pada jam 10 pagi.

Di selatan Semenanjung dan Lembah Klang, beberapa kawasan kekal pada tahap membimbangkan. Larkin mencatat bacaan 187, Nilai (186), Bukit Rambai (184), Batu Pahat (183) dan Pasir Gudang (182).

Kawasan lain yang masih berada dalam kategori Tidak Sihat termasuk Shah Alam (179), Bandaraya Melaka (178), Tangkak (178), Port Dickson (177), Putrajaya (176), Alor Gajah (176), Cheras (173), Banting (172), Petaling Jaya (168), Kluang (166), Batu Muda (163), Segamat (162), Kuala Selangor (159) dan Seberang Perai (146).

Bagi Pantai Timur dan Borneo, kebanyakan stesen menunjukkan bacaan stabil atau sedikit menurun. Temerloh mencatat bacaan 156, Rompin (152), Jerantut (152), manakala Indera Mahkota turun tiga mata kepada 148.

Di Sarawak, Samarahan merekodkan bacaan 153, manakala Serian mencatat bacaan 118.

Setakat jam 11 pagi ini, tiada stesen pemantauan mencatat kualiti udara pada kategori Baik (0 hingga 50). Namun, beberapa stesen masih berada pada kategori Sederhana (51 hingga 100), dengan Kemaman dan Sandakan masing-masing merekodkan bacaan 99.

Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memastikan pengambilan air mencukupi serta memakai pelitup muka yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan pernafasan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah bilangan stesen pemantauan yang merekodkan kualiti udara Tidak Sihat setakat jam 11 pagi? 
    A: Sebanyak 34 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada kategori Tidak Sihat setakat jam 11 pagi.
  • Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia? 
    A: Stesen Klang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 192 setakat jam 11 pagi.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai di kawasan terjejas? 
    A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memastikan pengambilan air mencukupi serta memakai pelitup muka yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan pernafasan.
  • Q: Bagaimanakah trend bacaan IPU di Pantai Timur dan Borneo? 
    A: Kebanyakan stesen di Pantai Timur dan Borneo menunjukkan bacaan stabil atau sedikit menurun.
  • Q: Adakah terdapat stesen yang mencatat kualiti udara kategori Baik? 
    A: Setakat jam 11 pagi, tiada stesen pemantauan mencatat kualiti udara pada kategori Baik (0 hingga 50).

Product Recommendation Section Title

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement